TARIKH : 20 OGOS 2024 MASA : 10.00 AM - 05.00 PM LOKASI : NADI KG JABI PESERTA : 15 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang berkemahiran dalam sosial media dan internet untuk mempromosikan dan mengiklankan perkhidmatan yang disediakan.
AKTIVITI
Media sosial memainkan peranan yang semakin penting dalam pelbagai aspek kehidupan dan perniagaan. Pemasaran dan pengiklanan, promosi produk dan perkhidmatan melalui platform seperti facebook, instagram, twitter, dan linkedin membolehkan perniagaan menjangkau audiens yang lebih luas dengan kos yang lebih rendah berbanding iklan tradisional. Selain itu, pengiklanan bertarget di media sosial membolehkan pengiklanan yang disasarkan berdasarkan demografi, minat, dan tingkah laku pengguna. Komunikasi dan interaksi perlu dalam hubungan dengan pelanggan dimana perniagaan dapat berinteraksi secara langsung dengan pelanggan melalui komen, mesej, dan tinjauan. Maklum balas dan sokongan bersama pelanggan boleh memberikan maklum balas secara terbuka, dan perniagaan boleh menyediakan sokongan segera.