TARIKH : 15 OKTOBER 2023 MASA : 10.00 AM - 12.00 PM LOKASI : DEWAN YPU KUALA TERENGGANU PESERTA : USAHAWAN BIMBINGAN YPU |
TUJUAN
Melahirkan usahawan IKS yang sebelum ini mempromosikan produk secara jualan langsung bertukar ke pendigitalan bagi meluaskan perniagaan dan menambah pendapatan selain jualan langsung.
AKTIVITI
Program Kelestarian Usahawan Digital ini dijalankan dengan kerjasama Yayasan TM dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bagi menggalakkan IKS yang berdaftar dibawah bimbingan YPU mengenal dunia pemasaran digital. Antara agensi yang terlibat secara langsung menjayakan program iaitu wakil PEDi dan Rakan Digital Terengganu, Mara, SME Corp, Lazada, Tiktok, Usahawan berjaya XoFi.trg Coffee Shop untuk bercerita pengalaman dari mula-mula berniaga hingga sekarang mempunyai 7 cawangan.
- Seterusnya
- Seterusnya >>