TUJUAN
Memberi kemudahan jalur lebar kepada komuniti setempat dan melahirkan komuniti yang celik it dalam penyertaan kelas secara atas talian.
AKTIVITI
Pelajar tersebut merupakan pengunjung tetap PEDi Kg Jabi. Beliau menghadiri kursus kem kepimpinan yang dianjurkan kepada seluruh pelajar negeri Terengganu yang terpilih untuk menyertai kem tersebut. Kemudahan internet yang disediakan di PEDi Kg Jabi membantu pelajar tersebut menghadiri kelas tanpa sebarang gangguan line internet.