Aktiviti dimulakan dengan pendaftaran usahawan dengan membuka laman web SSM di URL https://ezbiz.ssm.com.my/? Peserta perlu mendaftar terlebih dahulu. Seterusnya peserta hendaklah memilih perkhidmatan yang diperlukan seperti pendaftaran perniagaan, renew lesen perniagaan dan lain-lain. Pembayaran perlu dibuat secara atas talian.Agensi SSM memberikan perkhidmatan pendaftaran dan nasihat secara percuma kepada usahawan yang hadir.