TUJUAN
Untuk menjalinkan hubungan yang baik antara komuniti Kg Jabi dan PEDi Kg Jabi dalam menjalankan program usahawan.
AKTIVITI
Petugas bersama-sama KRT Kg Jabi dalam program Kursus Kulinari Jiran Wanita KRT Pekan Jabi mempromosikan tentang perniagaan yang boleh dijalankan untuk wanita-wanita. Tenaga pengajar yang mengajar dalam program ini berasal dari Pasir Mas , Kelantan. Beliau merupakan peniaga kuih apik-apik gulung dan lipat berinti coklat. Program ini dirasmikan oleh Pengerusi Kampung Jabi.