TARIKH : 23 JANUARI 2021 MASA : 3.00 - 5.00 PETANG LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan komuniti yang celik IT dan sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan terkini.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada komuniti untuk membuka laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang secara atas talian bagi tujuan pengemaskinian maklumat pelajar sekolah. Permohonan kemasukan pelajar ke darjah yang baharu bagi tahun 2021 mestilah melalui secara atas talian dan setelah pengisian sudah dibuat haruslah dicetak untuk menghantar borang di sekolah masing-masing bersama dokumen sokongan lain yang dinyatakan. Komuniti berjaya mengisi borang tersebut secara atas talian.