TARIKH : 18 SEPT 2020 MASA : 10.00 - 10.30 PAGI LOKASI : PI KG JABI PESERTA : 1 ORANG |
TUJUAN
Melahirkan pelajar universiti yang sentiasa peka dengan maklumat teknologi terkini serta maklumat semasa negara.
AKTIVITI
Petugas memberi tunjuk ajar kepada kepada pelajar yang bakal memasuki universiti pada bulan Oktober 2020 cara untuk mendaftar aplikasi MySejahtera untuk memudahkan beliau imbas kod di mana-mana lokasi beliau berada. MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.